Monday, February 24, 2020

ISLAND HOPPING LANGKAWI


Langkawi "Island Hopping" akan membawa anda untuk menerokai pulau-pulau kecil yang paling terkenal di Langkawi. Destinasi pertama adalah lawatan ke “Pulau Beras Basah” iaitu pantai Langkawi yang murni dengan perairan yang jernih dan pemandangan laut yang luas di mana anda boleh berehat dan menyerap matahari dan laut. Destinasi kedua anda akan dibawa melawat ke “Pulau Singa Besar”, di perhentian ini anda akan berpeluang untuk melihat raja langit iaitu ‘Helang’ ketika diberikan makanan. Ketika ini anda boleh perhatikan bagaimana mereka menyerang untuk menangkap mangsanya iaitu potongan ayam yang diberikan pemandu bot yang dilemparkan ke dalam air dan ia adalah peluang memperoleh gambar atau video yang hebat. Seterusnya ke “Pulau Dayang Bunting” yang dianggap 'ajaib' kerana mempunyai kisah yang menakjubkan. Disaat ini anda berpeluang untuk bersantai di pelampung yang berdekatan di tepi pantai, mencelupkan kaki anda ke dalam perairan dan berenang di sekelilingnya.

Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan lanjut @ pertanyaan, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami.

No comments:

Post a Comment