Wednesday, February 26, 2020

CABLE CAR LANGKAWI


Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di Asia dengan kecuraman 42 darjah dan merupakan kereta kabel yang terpanjang  di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.

Walaupun tinggi dan mungkin anda berasa gayat, namun percayalah, keindahan panorama serta rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang anda akan lihat sepanjang perjalanan dalam kereta kabel itu pasti membuatkan anda terpukau. Malah, anda juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut hindi ,laut andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas.

Kereta Kable ini mempunyai 3 stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650 Meter, disini anda boleh turun untuk mengambil kereta kabel yang seterusnya yang akan membawa anda kepuncak.

Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan lanjut @ pertanyaan, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami.

No comments:

Post a Comment