Friday, July 12, 2019

NASI GORENG SAMBAL TELUR LANGKAWI


Nasi goreng sambal telur merupakan makanan panas segera yang lazat menjadi tarikan di Langkawi. Nasi yang digoreng biasanya bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng. Berbeza dengan nasi goreng sambal telur di Langkawi yang dihidangkan berasingan diantara nasi goreng dan sambal telur. Lokasinya adalah di Melor Kafe beralamat di Pantai Cenang. Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.

   Bagi masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng sebagai sarapan. Nasi goreng yang paling mudah disediakan adalah nasi goreng kampung yang hanya menggunakan bawang, ikan bilis, cili padi, kangkung dan telur sebagai bahan utama. Masyarakat moden hari ini telah banyak bereksperimen dengan bahan-bahan dalam menyediakan nasi goreng sehingga terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh didapati di gerai, kafe mahupun hotel. Berkaitan dengan sambal, sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan dan diletakkan telur goreng sebagai hidangan bersama yang terciptanya nasi goreng sambal telur. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

No comments:

Post a Comment