Friday, July 12, 2019

3D ART MUSEUM LANGKAWI


Jika datang ke Pulau Langkawi tempat wajib untuk dikunjungi ialah muzium seni 3D yang merupakan tempat menarik di Pulau Langkawi. Muzium ini telah menjadi tarikan baharu pelancong yang telah dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2015. Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.

   Seni Langkawi di Muzium 3D ini dinobatkan sebagai Muzium Seni 3D yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia, mempunyai lebih daripada 200 karya seni yang mengagumkan yang kelihatan hampir seperti hidup apabila bergambar. Lukisan ini dihasilkan oleh pakar dari korea dengan kerjasama pelukis tempatan. Pakar dari Korea  kebanyakannya sudah pangkat Tok Wan kita. Muzium 3D ini terletak berhampiran dengan kereta kabel. Sementara menunggu untuk menaiki kereta kabel anda boleh melihat pertunjukan seni yang terdapat di muzium ini.

LANGKAWI ISLAND : TIME TRAVEL IMAGINARIUM

Picture

Video

Time Travel is a futuristic space equipped with the latest technology to transform your imagination into reality. Take a ride inside your mind and travel to the ends of your imagination at Malaysia’s very first Imaginarium! An inviting space with innovative, immersive and interactive installations to transport you into a whole different world with endless possibilities.A visual treat from start to finish, built to bring smiles and laughter. The Imaginarium houses various time period zones for you to enjoy starting with the Jurassic Age, looking back at the roaring 80’s, envisioning the year 2020, moving forward to the year 3300 and finally getting lost in time at Year X!
#budakmelayutulisinggeris

LAKSA IKAN SEKOQ LANGKAWI



Laksa ikan sekoq merupakan salah satu makanan yang popular di langkawi yang merupakan tarikan pelancong yang datang ke langkawi untuk menikmati laksa tersebut. Laksa tersebut terdapat di gerai tepi jalan airport Langkawi dan dibuka pada petang sahaja. Salah satu yang menjadi tarikan kerana ianya satu-satunya laksa yang diletakkan ikan seekor di dalam kuahnya dan suasana tempatnya yang tenang.

MAKANAN EKSOTIK KERABU BRONOK LANGKAWI


Langkawi bukan sahaja terkenal sebagai tempat pelancongan malah ia terkenal dengan makanan uniknya yang tersendiri iaitu sejenis hidupan laut yang sukar ditemui di tempat-tempat lain. Salah satu daripadanya ialah bronok. Nama saintifiknya “Acaudina molpadioides” merupakan makanan eksotik yang sangat istimewa bagi penduduk pulau lagenda ini. Ia seringkali disajikan sebagai kerabu oleh rakyat tempatan Langkawi. 



   Bronok ialah spesies hidupan laut yang hidup di kawasan pantai yang berselut. Rupa fizikalnya kelihatan seakan-akan gamat ataupun timun laut. Tekstur kulitnya sangat licin dan lembik seperti sotong dan terdapat dalam beberapa warna antaranya coklat kehitaman atau merah muda. Selain licin dan lembik, isinya juga sangat kenyal dan agak masin. 

  Kebiasaannya, ia hanya dijadikan kerabu kerana sifatnya yang alah kepada haba membuatkan ia akan mencair menjadi air masin jika dimasak. Cukup sekadar dimakan bersama nasi putih yang dihidang panas, rasanya sangat menyelerakan. Kerabu bronok ini adalah makanan tradisi bagi masyarakat Langkawi. Namun, ramai pelancong yang datang ke Langkawi belum mengetahui tentang makanan unik ini kerana ia hanya boleh didapati pada musim-musim tertentu sahaja.

NASI GORENG SAMBAL TELUR LANGKAWI


Nasi goreng sambal telur merupakan makanan panas segera yang lazat menjadi tarikan di Langkawi. Nasi yang digoreng biasanya bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng. Berbeza dengan nasi goreng sambal telur di Langkawi yang dihidangkan berasingan diantara nasi goreng dan sambal telur. Lokasinya adalah di Melor Kafe beralamat di Pantai Cenang. Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.

   Bagi masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng sebagai sarapan. Nasi goreng yang paling mudah disediakan adalah nasi goreng kampung yang hanya menggunakan bawang, ikan bilis, cili padi, kangkung dan telur sebagai bahan utama. Masyarakat moden hari ini telah banyak bereksperimen dengan bahan-bahan dalam menyediakan nasi goreng sehingga terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh didapati di gerai, kafe mahupun hotel. Berkaitan dengan sambal, sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan dan diletakkan telur goreng sebagai hidangan bersama yang terciptanya nasi goreng sambal telur. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.